40 wanita Dun Membakut, Lumadan sertai kursus membuat kek, memasak

BEAUFORT: Seramai kira-kira empat puluh orang peserta daripada dewan undangan negeri Membakut dan dewan undangan negeri Lumadan telah menyertai kursus membuat kek, bun dan pastri , memproses dan memasak Mee selama tiga hari bermula 12 Januari di Kilang Mee Aniq Kampung Lumat.

Advertisements

Kursus itu telah di rasmikan Adun Lumadan merangkap pengerusi perkasa realty sdn bhd Datuk Ruslan Muharam
di dewan bangunan persatuan bisaya bersatu Sabah, dekat sini.

Dalam ucapanya, beliau berkata dengan adanya kursus itu pihak kerajaan melihat rakyat khususnya Kepada ibu tunggal dan B40 untuk diberikan kemahiran.

“Dengan adanya kemahiran kita dapat meningkatkan ekonomi keluarga masing masing ” katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah Salah satu usaha membantu golongan sasar bagi meningkatkan kemahiran dalam pembuatan.

“Kerana inilah keinginan kerajaan untuk kita sama sama meningkatkan ekonomi melalui bidang kemahiran dan juga perniagaan itu sediri.” Jelas Ruslan.

Sementara itu, Hableen @ Marciana binti Lawrence yang mewakili peserta berkata menyertai kursus ini kerana minat dan betul betul ingin belajar.

“Terima kasih Kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia kerana memberi peluang Kepada kami , masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah menyertai kursus ini.” Katanya ketika berucap.

Menurutnya lagi, mereka berpeluang mengunakan mesin manual dan automatik dalam Kilang.

“Lepas daripada kursus ini, balik nanti kami akan terus berlatih lagi, semoga apa yang telah dipelajari dapat membantu kita meningkatkan ekonomi keluarga.”

Related Articles

253FansLike

Latest Articles