Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji komited bantu rakyat tingkat taraf hidup, perkukuh ekonomi negeri

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor amat komited untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan memperkukuhkan ekonomi negeri meskipun negara masih dalam proses pemulihan ekonomi setelah dua tahun berada dalam pasca pandemik Covid-19.

Advertisements

“Justeru, marilah kita jadikan sambutan perayaan Hari Krismas ini sebagai satu kesyukuran dan kesatuan tanpa mengira perbezaan etnik, bangsa dan agama.

Saya menyeru untuk kita semua bersama-sama mengorak langkah dan bersama-sama mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negeri kita yang tercinta ini,” kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam ketika merasmikan Majlis Penutupan KK Christmas 2022 yang diadakan di Padang Merdeka, di sini, malam ini (16 Dis).

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah kerana berjaya menganjurkan perayaan selama empat malam ini dengan penuh warna-warni.

“Syukur kepada Tuhan, perayaan Krismas pada tahun ini berjaya dan berlangsung dengan lebih meriah selama empat malam. Saya gembira melihat acara ini yang telah menarik ramai pengunjung datang ke Padang Merdeka. Saya turut dimaklumkan, pada setiap malam pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian program ini,” ujarnya.

Beliau menambah, tema perayaan KK Christmas pada tahun ini iaitu ‘Seruan Kesejahteraan’ amat bertepatan sekali untuk terus menyatupadukan segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

Perayaan Krismas pada tahun ini memberi impak yang sangat positif di mana ia membolehkan rakyat dari pelbagai etnik lain juga merasai kegembiraan perayaan Krismas, katanya.

“Ini membuktikan pihak Kerajaan menghargai setiap peranan dan sumbangan segenap lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi) DBKK, Robert Lipon; Presiden Gereja-gereja Sabah selaku Pengerusi bersama Kota Kinabalu Christmas Celebration 2022, Reverend Datuk Ir. Jerry W.A Dusing; Pengarah Eksekutif YTL Communication Sdn Bhd yang juga penaja rasmi Acara sambutan perayaan Krismas 2022, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles