Ewon tinjau pusat mengundi di Penampang selepas tunaikan tanggungjawab mengundi di SK Kiau

PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Penampang Datuk Ewon Benedick selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Kiau, Kota Belud, kira-kira jam 8 pagi, hari ini.

Advertisements

Selepas itu beliau bergegas balik ke Penampang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bakal wakil rakyat kawasan itu dengan meninjau 17 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog dan DUN Kapayan.

Beliau diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan Penampang.

Antara Pusat Mengundi yang mereka tinjau, SK Moyog, SK Babagon, SK Kipouvo, SK Kibabaig, SM St Michael, SK St Theresa, Dewanraya Ramayah, SK St Aloysius, Limbanak dan SK Sugud.

Kemudiannya Ewon meninjau pusat mengundi di SJK (C) Yue Min, SK Penampang, KDCA, SK Bahang, SK Kapayan, SJK (C) Shan Tao dan SK St.Francis Convent.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Ewon yang juga bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berdepan saingan sengit antara penyandang kerusi Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking (Warisan), Richard Jimmy (Bebas) dan Kenny Chua Teck Ho (GRS-STAR).

Parlimen Penampang mempunyai sebanyak 77,214 pengundi berdaftar pada PRU15 yang majoritinya kaum Kadazandusun.

Secara keseluruhannya sebanyak 900 pusat mengundi di Sabah dibuka sejak jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang ini.

Pada PRU13, Darell yang bertanding atas tiket PKR, memenangi Parlimen Penampang selepas menewaskan Presiden UPKO, Tan Bernard Dompok. Darell berjaya mempertahankan kerusi itu pada PRU14.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles