Penduduk Kg Sim-Sim berterima kasih kepada Lau atas initiatif menangani masalah parkir

 

SANDAKAN : Penduduk Kampung Sim-Sim yang menghadapi masalah letak kenderaan (parkir) yang kurang merakam ucapan terima kasih atas usaha Calon GRS P186 Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau yang peka dengan keperluan rakyat situ.

Advertisements

Meskipun sebelum ini beliau bukan wakil rakyat mewakili mereka, Lau bersama barisan kepimpinanan parti SAPP Sandakan sangat prihatin dengan keperluan penduduk khasnya di kawasan berdekatan tarikan pelancong luar seperti Pasar Ikan Bakar Sim-Sim dan Restoran Makanan Laut di Lorong H, Rumah Murah Kampung Sim-Sim yang memerlukan ruang parkir yang banyak.

“Kami sangat berterima kasih kepada Lau atas kemudahan yang disediakan untuk kami disini,” jelas penduduk Alawi Tahir, 56, ketika ditemui disini.

Alawi berharap Lau akan mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Sandakan dan meneruskan usaha mengatasi masalah lain yang dihadapi penduduk seperti laluan sesak di kampung ini khasnya pada waktu malam.

Alawi juga berharap sebuah lagi tapak perkuburan Orang Islam yang baharu bagi kampung ini kerana tapak sedia ada sudah agak padat.

Dalam pada itu, ketika mengulas permintaan penduduk kampung tersebut, Lau berkata beliau akan berusaha dapatkan tapak untuk perkuburan orang Islam yang baharu jika beliau mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Sandakan pada 19 Nov.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles