KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) sentiasa menyokong penglibatan aktif golongan belia dalam pelbagai aktiviti termasuk acara sukan.
Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata para belia juga disaran untuk terus bergiat aktif dalam persatuan, aktiviti bersukan dan sentiasa menghindari atau terlibat melakukan pekara yang tidak baik, termasuk penyalahgunaan dadah.
“Selain itu, golongan belia juga harus membudayakan gaya hidup sihat
demi kebaikan bersama,” katanya.
Abqaree Fawwaz berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian
Kejohanan Badminton Amatur Tertutup Inanam 2022 (KBATI) di SM All Saints, dekat sini pada Ahad,
Beliau turut menyambut baik penganjuran program sukan amatur itu anjuran bersama MBS dan Kelab Sukan KISDAC Inanam.
Sementara itu, pengerusi penganjur Nickho Unui berkata program sukan belia itu bertujuan membantu mencungkil bakat-bakat baru dalam arena badminton selain merapatkan hubungan silatulrahim di kalangan belia.
Beliau berharap kejohanan yang serupa dapat diadakan pada masa depan.
Nickho turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada 40 AJK Belia termasuk ibu bapa yang membantu menjayakan pengelolaan dan penganjuran kejohanan tersebut.
Kejohanan sehari itu menyaksikan Pasukan Mancyoung (Lawrance Bell & Jerrysvilla John) muncul juara bergu lelaki manakala pasukan KNK (Chrystian Eve Krist Nicholl dan Nel Alina Lau.
Kategori bergu campuran pula dimenangi
pasukan D’Bayu (Mohd Jefri Osman dan Nisnah Mohd Sirajuddin.
Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai RM300.