SANDAKAN: Pemilik restoran makanan laut Lam Yuk Fai hanya mula mengambil tahu berkenaan perihal politik selepas dia bertemu dengan calon GRS P186 Sandakan, Lau Chi Keong @ Thomas Lau.
” Terus terang sebelum ini saya memang tidak berminat dengan politik, ” kata Lam di restorannya dimana Lau mengadakan ceramah politiknya pada petang Rabu.
Menurut Lam , beliau telah membawa masalah lampu jalan rosak di perkarangan perumahan Sim-Sim kepada Lau selepas tidak dapat tindak balas dari penyandang wakil rakyat Sandakan.
Saya amat kagum dengan respon pantas Lau menyelesaikan isu tersebut dan tidak seperti wakil rakyat lain yang hanya tahu mengelakkan diri , tambah Lam.
Sebagai pengundi, kita harus memilih calon yang mendengar permasalahan rakyat serta mengambil inisiatif mencari penyelesaian, dan saya lebih yakin sekarang untuk menyokong Lau berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah rakyat dengan segera.
Sementara itu, calon GRS P.186 Sandakan, Lau Chi Keong memberitahu hadirin di ceramah poilitik berkenaan bahawa beliau telah membantu penduduk kawasan Tanjong Papat menyelesaikan masalah berhubung kemudahan awam.
Ia selepas pelantikan saya sebagai Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) Tanjong Papat pada Disember 2021, katanya lagi.
Saya menerima banyak aduan berkaitan kemudahan asas yang rosak dan telah mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang diajukan kepada saya, kata Lau.
“Saya akan dapat memberi khidmat kepada rakyat Sandakan dan menangani masalah mereka dengan lebih efisien dan efektif lagi sekiranya saya dipilih sebagai Ahli Parlimen oleh pengundi Sandakan, kata Lau yang juga Naib Presiden SAPP.