Pertarungan Round 2 Jake Nointin-Dr Jeffrey Kitingan akhirnya bakal jadi kenyataan

KOTA KINABALU: Kurang 24 jam sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, pertarungan hebat antara Datuk Jake Nointin dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang dinanti-nantikan ribuan pengundi pedalaman akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Advertisements

Hari ini Jake yang tewas tipis 45 undi kepada Dr Jeffrey pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) disahkan sebagai calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi kerusi Keningau pada PRU15.

Sebelum ini, Jake diramal akan bertanding di kerusi tersebut atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), namun hasil rundingan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyaksikan kerusi Parlimen Keningau diperuntukkan kepada GRS daripada Star Sabah.

Susulan itu, parti KDM berbesar hati memberi peluang kepada Jake untuk mengambil bahagian dalam PRU15 selaras dengan prinsip demokrasi, sekaligus melegakan keresahan ribuan penyokong setia Jake.

Selain Jake dan Dr Jeffrey, tokoh lain yang disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Keningau ialah Grelydia Gillod (PH-DAP), Rasinin Kautis (Warisan) dan Jeffrus Rijan (GTA).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles