Banner Tolak Rahman Di Kota Belud, Umno minta siasatan polis

KOTA BELUD : Umno Bahagian Kota Belud membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan bagi mengesan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab memasang sekeping banner mengaitkan Datuk Seri Abd Rahman Dahlan di daerah itu semalam.

Advertisements

Ketua Bahagian. Tuan Hj Fadli Hj Juanas dalam satu kenyataan media di sini menjelaskan, siasatan akan di buat beserta laporan polis supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab di ambil tindakan.

“Tindakan sebegini (banner) sangat jelas tidak demokratik dan bertentangan dengan prinsip keterbukaan yang telah sekianlama menjadi nilai atau pegangan di dalam Umno,” jelas beliau yang turut menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan ahli parti itu terhadap insiden ini.

“Ini kerja-kerja musuh politik kita atau pihak-pihak yang mungkin ingin meniupkan sentimen kurang sihat pada saat kesemua pemimpin dan ahli Umno Kota Belud bersatu hati.

Pada hal, keterbukaan hati seluruh ahli termasuklah kalangan anggota Barisan Nasional Kota Belud bersependapat, siapapun calon pilihan pucuk pimpinan parti, kita di akar umbi akan memberikan sokongan padu pada PRU15 kali ini demi memastikan kemenangan mutlak,” ujar beliau lagi.

Banner provokasi itu menyebut “Ahli Umno Bajau, Iranun Tolak Rahman Dahlan Calon Di Kota Belud, Kami Mahu Anak Jati KB” di gantungkan di sebuah lokasi dipercayai di sekitar Kg Pirasan, Kota Belud turut terpapar di media sosial Facebook, mengundang berbagai reaksi warganet.

Fadli turut mengingatkan agar seluruh jentera BN pelbagai peringkat khususnya Umno Bahagian Kota Belud mengekalkan fokus dalam siap siaga terhadap misi kemenangan serta bergerak sebagai satu pasukan dengan satu matlamat, mencipta kemenangan dan membawa BN ke persada pemerintahan demi Malaysia yang stabil dan makmur.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles