Bajet 2023: Kerajaan Pusat Komited Bangunkan Sabah

Oleh Adun Dilantik Datuk Suhaimi Haji Nasir

Advertisements

KOTA KINABALU: Pembentangan bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat, telah menunjukan peningkatan peruntukan kepada Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan projek pembangunan, khususnya infrastruktur serta pendidikan di kawasan pedalaman kedua-dua negeri itu.

Saya menyifatkan bajet ini sejajar taraf berstatus wilayah sebagai seimbang, prorakyat dan berteraskan pemulihan ekonomi negara.

Ini memperlihatkan komitmen kerajaan persekutuan dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat secara menyeluruh agar tidak ketinggalan dari arus pembangunan.

Kita amat mengalu-alukan bajet yang turut menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM6.3 billion kepada negeri Sabah.

Jumlah itu telah menunjukkan peningkatan 20.45 peratus berbanding bajet 2022 sebanyak RM5.2 billion.

Kita amat mengalu-alukan komitmen kerajaan pusat yang menyediakan peningkatan peruntukan kepada negeri Sabah terus memberi penekanan kepada pembangunan negeri ini.

Kerajaan pusat juga memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membaiki sekolah usang yang merangkumi 123 projek di Sabah serta RM430 juta lagi untuk membina lima sekolah baharu di seluruh negara yang turut merangkumi sebuah sekolah di Sabah iaitu SMK Nabalu di Kiulu tahun depan.

Kemudahan jaringan jalanraya yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini, juga telah diberi jaminan peruntukan oleh kerajaan persekutuan bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang bakal siap 2024 dan rangkaian jalan menghubung Kelabakan ke Simanggaris di Indonesia.

Program baik pulih klinik dan hospital daif dengan peruntukan RM420 juta termasuk penggantian alatan usang dengan keutamaan kepada fasiliti kesihatan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Mengenai tahap keselamatan Sabah, kerajaan persekutuan amat komitmen menjaga kedaulatan negara dengan menaik taraf  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu serta menyediakan aset keselamatan tambahan pada tahun depan.

Penyediaan pelbagai inisiatif positif terhadap sektor pelancongan, akan membantu meningkatkan lagi pendapatan negeri tahun depan dan sebagai kesinambungan momentum pemulihan negara daripada pandemik COVD-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles