Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Dianggarkan hampir 10,000.00 orang akan membanjiri padang perbandaran Sandakan pada ahad ini untuk menzahirkan solidariti mereka kepada Barisan Nasional dalam program Jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Zon 5 yang melibatkan bahagian-bahagian Kinabatangan,Beluran Libaran,Batu Sapi dan Sandakan.
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, program kali ini adalah yang keempat diadakan selepas ianya diadakan di daerah Tawau,Kota Belud dan Pensiangan.
Menurut beliau acara akan bermula pada 1 Oktober 2022 dengan pelbagai pengisian program antaranya Uji Bakat RTM, persembahan kebudayaan,tarian persembahan hiburan Renewar Band, Lai Norman FT Atomic Power, Secret Busker, Qysstyna Busker ,Peristiwa Busker, MZA Musician senam robik dan cabutan tiket bertuah.
Bung berkata pada hari berikutnya 2 Oktober 2022 majlis perasmian Jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Zon 5 akan diadakan ditempat yang sama dimana majlis perasmian yang bermula jam 2.00 petang itu akan disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
” Sebelum majlis perasmian pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa artis jemputan antaranya Zuaba Zulmat, Rudy FT Shima, Masmona ,cabutan tiket bertuah selain penunjung boleh mengunjungi gerai pameran dan jualan” katanya.
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ketua Umno Sabah ahli-ahli Barisan Nasional, Umno dan seluruh pemimpin-pemimpin BN di zon yang terlibat datang beramai-ramai bukan sahaja untuk memeriahkan majlis pelancaran tersebut sekali gus menyatakan solidariti ahli parti untuk bersama-sama berjuang menghadapi pilihanraya umum ke-15 (PRU-15).
” Majlis ini adalah titik tolak menyatakan kesediaan kita merapatkan barisan menyokong wawasan bagi mempastikan kita telah bersedia untuk menghadapi PRU-15 yang diadakan pada bila-bila masa” katanya.
Dalam pada itu Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata, jelajah Gelombang Biru dan pelancaran jentera BN akan diteruskan lagi kebeberapa buah zon 1, Kudat Kota Marudu, Zon 4 Ranau,Keningau dan Tenom Zon 3 Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang, Zon 2 Sepanggar, Kota Kinabalu Putatan dan Penampang