KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan beberapa infografik jawatan kosong dan Rumah Mesra SMJ yang mempunyai jata Kerajaan Negeri disertai gambar Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang tular di media sosial.
“Ia adalah maklumat palsu infografik dan hanyalah umpan klik untuk menjana trafik ke laman web tertentu,” kata Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata pautan yang disediakan oleh infografik bagi program Rumah Mesra SMJ juga adalah palsu kerana ia akan mengarahkan orang ramai ke halaman lain mengenai kekosongan jawatan dalam tentera udara Malaysia.p
Infografik palsu mengenai program Kerajaan Negeri di media sosial
Advertisements