Hajiji Ucap Tahniah Atlit SUKMA Sabah Raih Lima Emas

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan tahniah kepada atlit Sabah yang berjaya meraih lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (๐’๐”๐Š๐Œ๐€) di Kuala Lumpur.

Advertisements

“Syabas dan tahniah kepada atlet negeri Sabah yang menyumbang pingat emas kepada Kontinjen Negeri Sabah pada hari kelmarin,” kata Hajiji menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Atlit Sabah yang meraih emas itu ialah Andre Anura @ Anuar dalam acara (lompat jauh lelaki), Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (400m Wanita), Amirah Syahirah Binti Azlan (Karate 68kg Wanita), Muhammad Hanif Bin Abdullah
(Wushu 56kg lelaki Sanda) dan Muhammad Akid Bin Azlan yang menang acara Wushu 60kg lelaki Sanda.

“Ayuh warga Sabahan berikan sokongan, semangat dan doa anda kepada atlet-atlet yang berjuang demi negeri tercinta,” katanya.

Sabah kini berada di tangga ketiga dengan pungutan pingat emas keseluruhan sebanyak lapan pingat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles