Hampir 4,000 Penduduk DUN Lumadan bakal dapat manfaat pembinaan empat menara baru

BEAUFORT: Hampir 4,000 penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan bakal mendapat kemudahan jaringan telekomunikasi yang lebih baik apabila pembinaan empat menara baharu siap sepenuhnya.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam berkata usaha membina infrastruktur bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat itu merupakan hasil inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Beliau berkata, pembinaan dua menara di
Kg Bangkalalak dan Kg Kabanjang Indomadi sedang dilaksanakan dan dijangka siap penghujuang tahun ini manakala pelaksanaan projek menara selebihnya masing-masing di Kg Labi dan Kg Karangan dijangka dimulakan tahun depan.

Jelas beliau, pembinaan empat menara di DUN Lumadan itu diyakini mampu melonjakan penyediaan kemudahan jaringan telekomunikasi yang lebih baik, serta memudahkan para pelajar mengikuti sesi pembelajaran secara maya.

Ruslan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek menara di Kg Bangkalalak, hari ini.

Sambil menyambut baik pembinaan menara itu, beliau bertekad mahu memastikan semua kawasan di DUN Lumadan akan menikmati capaian internet dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles