UMS hoskan seminar penyelidikan perakaunan 2022

 
KOTA KINABALU: Satu seminar penyelidikan perakaunan telah dianjurkan oleh Pusat Perakaunan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-bari ini.

Advertisements

Semibar itu, antara lain, bertujuan memberikan ruang kepada kakitangan akademik UMS di dalam bidang perakaunan untuk membentangkan hasil penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan.

Selain itu, penyertaan seminar tersebut juga melibatkan pembentang dan peserta daripada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam Selangor, UiTM Shah Alam Selangor, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Vokasional Beaufort, Kolej Almacrest International, Kolej AMC, dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Jumlah bilangan peserta seminar adalah seramai 25 orang.
 
Sebanyak tiga belas (13) kertas kerja telah dibentangkan oleh kakitangan akademik Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. UMS; Pusat Perakaunan, UMS; Fakulti Perakaunan, UITM, Shah Alam, Selangor dan Fakulti Perakaunan, UITM,Puncak Alam, Selangor.

Selain pembentangan kertas kerja, para peserta seminar juga dapat mengambil kesempatan untuk bertukar idea selain mendapat jaringan di dalam bidang penyelidikan perakaunan. Seminar tahun ini merupakan seminar kali yang ke-enam diadakan sejak tahun 2017.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles