Mositun Minta Pembaikan Jambatan Kg Sulim disegerakan

PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau Datuk Johnny Mositun meminta agar pembaikan jambatan Kampung Sulim yang rosak akibat banjir Isnin lepas, diselenggarakan dengan segera.

Advertisements

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata ini penting kerana jambatan yang rosak itu membahayakan kepada kenderaan yang melintasinya.

“Oleh itu, saya minta Jabatan Kerja Raya (JKR) atau konsesi jalan mencari alternatif jalan sementara yang selamat,” katanya.

Mositun berkata demikian selepas meninjau kerosakan jambatan Kg Sulim, dekat sini semalam.

Beliau menyeru pihak berkuasa untuk membaiki segera Jambatan Kg Tampasak yang juga rosak akibat banjir.

Mositun berharap Jabatan Parit dan Saliran dapat mengambil tindakan bagi melurus dan membersih sungai bermula dari Kg Labak hingga Kg Sulim.

“Perkara ini saya harap dapat disegerakan kerana ini juga menjadi punca banjir bagi kawasan perkampungan kg. Labak dan Kg.Sulim,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles