Program Sambutan Hari Keluarga Besar Pupuk Persefahaman & Perpaduan-Sani Miasin

SIPITANG: Program Sambutan Hari Keluarga Besar mampu memupuk persefahaman dan perpaduan yang lebih erat dikalangan anggota keluarga dan masyarakat, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Encik Sani Miasin.

Advertisements

Katanya, sambutan itu selain dapat menghimpunkan ahli-ahli keluarga dari jauh dan dekat, juga sebagai wadah bersama-sama meraikan dan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2022 peringkat ahli keluarga.

“Suasana harmoni dan muhibah ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan persefahaman sesama ahli keluarga daripada pelbagai kaum dan juga sesama masyarakat.

“Ini amat dituntut dalam masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan budaya kita. Ia juga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”, katanya pada Program Sambutan Hari Keluarga Besar Kaluluran Kawi Pahaka 2022 di Kampung Muhibbah Tunggul Tinggi, dekat sini.

Sani yang juga pengerusi penganjur sambutan itu berkata, perpaduan amat penting sebagai wahana menyatukan rakyat berbilang kaum dan juga merupakan sumber kekuatan kepada negara untuk berfungsi dengan baik dalam usaha pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Menurutnya, program sambutan Hari keluarga besar ini dihadiri oleh ahli-ahli keluarga dari 12 buah kampung iaitu Kampung (Kg) Ulu Bole, Kg. Kelangsat, Kg. Kebawang, Kg. Ganoi, Kg. Kuala Muaya, Kg. Muhibbah, Kg. Sungai Tiga, Kg. Melalia. Kg. Bukau, Kg. Lumadan, Kg. Lumadan Jaya dan Kg. Nagapas Papar.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir termasuk mereka yang berkerja keras secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program itu.

Kira-kira 450 orang ahli keluarga Kaluluran Kawi Pahaka menghadiri program sambutan itu, yang turut diserikan dengan persembahan kebudayaan suku kaum dikalangan sesama ahli keluarga dan cabutan tiket bertuah.p

Related Articles

253FansLike

Latest Articles