TAWAU: Penganalisis meramalkan sukar untuk Parti Warisan Sabah (Warisan) mempertahankan kerusi Parlimen Kalabakan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Mereka berkata Warisan mungkin berdepan cabaran besar daripada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang dikatakan mula bangkit selepas kecundang pada PRU14.
Penganalisis tempatan Mohd Zaki Harry Susanto
Menurut penganalisis tempatan
Mohd Zaki Harry Susanto, berdasarkan suara akar umbi BN diramal berkemampuan merampas semula kerusi Parlimen Kalabakan sekiranya parti itu “meletakkan anak muda sebagai calon”.
Beliau berkata antara nama yang disebut sebagai calon BN ialah Andi Muhammad Suryady Bandi.
Andi Muhammad merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu dan kini memegang jawatan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.
“Jika mengambil kira keputusan di keempat-empat DUN dalam Parlimen Kalabakan pada PRN Sabah tahun 2020, jumlah majoriti yang diperolehi Andi Muhammad Suryady Bandi di DUN Tanjong Batu ialah 2,123 undi iaitu masih mengatasi jumlah majoriti yang diperolehi tiga calon Warisan yang memenangi tiga kerusi DUN iaitu Kukusan (10 undi), Merotai (1,587 undi) dan Sebatik (522 undi),” kata Zaki.
Beliau berkata walaupun terdapat pihak yang menganggap pencapaian di PRN Sabah 2020 itu tidak lagi relevan dijadikan asas sebagai penentuan calon, namun
Andi Muhammad dilihat mempunyai sedikit kelebihan sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Zaki berkata Andi Muhammad
dilihat mula mendapat momentum menjiwai kehendak serta aspirasi orang muda selain turut disenangi segenap lapisan masyarakat di Parlimen Kalabakan.
“Malah dengan pertambahan pengundi kali pertama yang rata-rata merupakan pengundi muda, mereka pastinya mahukan kepimpinan yang lebih bertenaga di kawasan mereka supaya selari dengan aliran pemikiran mereka,” katanya.
P
Bagaimanapun, Zaki meramalkan
Andi Muhammad bakal berdepan saingan sengit jika Warisan mencalonkan Sarifudin Hatta yang juga ADUN Merotai dalam ygkawasan Parlimen Kalabakan.
“Sebagai orang muda, Sarifudin Hatta antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Warisan bagi Parlimen Kalabakan selain penyandang Ma’mun Bin Sulaiman. Pengaruh Sarifudin Hatta dilihat lebih besar di kawasan itu,” katanya.
Sambil menaruh harapan untuk melakukan kejutan, Perikatan Nasional (PN) menerusi calon daripada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dijangka bertanding di Parlimen Kalabakan.
Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PN ialah Ketua Bahagian Bersatu Kalabakan Abdul Karim Abdul Wahid dan bekas Pengurus Besar Baitulmal Negeri Sabah Salman Nurillah.
Setakat ini, belum ada indikasi jelas sama ada PH akan meletakkan calon atau sebaliknya.
“Yang pasti, kerusi P.191 Kalabakan masih terbuka untuk disaingi dan diharapkan siapapun yang terpilih nanti, Ahli Parlimen itu mampu merubah wajah Kalabakan menjadi lebih maju dan membangun,” kata Zaki.