KOTA KINABALU: Pemain beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara dunia pertama Malaysia selepas mengatasi wakil Indonesia, Hendra Setiawan-Mohamad Ahsan dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia BWF di Tokyo sebentar tadi.
Bergu No.6 dunia itu menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menerusi aksi straight set 21-19, 21-14.
Pertemuan mereka dengan Setiawan-Ahsan merupakan aksi ulangan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 yang memihak kepada gandingan Aaron-Wooi Yik.
Pada peringkat separuh akhir semalam, bergu negara itu mencipta sensasi apabila mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas menewaskan wakil India yang juga pilihan ketujuh, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 20-22, 21-18, 21-16.