Tahap Kesedaran masyarakat derma organ masih rendah

KOTA MARUDU: Tahap kesedaran masyarakat untuk menderma organ di negara ini masih rendah, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Wetrom Bin Bahanda.

Advertisements

Beliau berkata setakat ini hanya 515,530 orang yang telah berikrar untuk menderma organ dan jumlah itu terlalu rendah berbanding keperluan negara ini.

Katanya daripada jumlah itu, 25,000 orang atau 5 peratus daripada jumlah pengikrar kebangsaan adalah pengikrar penderma organ dari Sabah.

Mengikut senarai menunggu transplan kebangsaan sehingga 30 Jun lepas, terdapat 10,261 pesakit yang memerlukan organ buah pinggang.

Sehubungan itu, Wetrom menyambut baik penganjuran kempen kesedaran menderma organ di Kota Marudu hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Hospital Kota Marudu Dr. Samson BD Mokuntil.

Wetrom berharap lebih ramai rakyat tampil ke depan bagi menjayakan program murni itu,sekali gus menyatakan ikrar menderma organ.

Sementara itu, Dr. Samson berkata pihaknya akan memperhebatkan kempen kesedaran menderma organ di daerah itu.

Sambil mengakui tahap kesedaran orang ramai masih rendah terhadap amalan mulia itu, beliau berharap kempen berterusan itu dapat membuahkan hasil.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles