Libatkan ADUN bukan kerajaan dalam tiga jawatankuasa peringkat daerah – Ewon

 

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyatakan cadangan agar Kerajaan melibatkan ADUN-ADUN bukan kerajaan dalam tiga jawatankuasa utama di peringkat daerah iaitu Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Advertisements

Menurut beliau, penglibatan ADUN-ADUN pembangkang dalam ketiga-tiga jawatankuasa tersebut adalah penting bagi membolehkan peranan semak dan imbang dapat diperkasakan.

“Kesemua ADUN termasuk daripada luar kerajaan juga menyokong belanjawan tahunan dan belawan tambahan yang dibentangkan oleh Kerajaan. Maka wajar juga agar ADUN-ADUN bukan kerajaan turut dama dilibatkan dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi memastikan belanjawan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan baik di peringkat daerah.

“Saya menghargai jemputan yang diberikan oleh Kerajaan kepada semua ADUN bagi menghadiri acara-acara seperti ulangtahun Sabah Maju Jaya, Kaamatan, Hari Raya Puasa dan acara-acara lain. Tetapi alangkah baiknya jika jemputan ini dilaksanakan di peringkat daerah agar ADUN-ADUN bukan kerajaan juga boleh menghadiri mesyuarat tiga jawatankuasa tersebut,” katanya.

Menurut Ewon, penglibatan ADUN-ADUN bukan kerajaan dalam ketiga-tiga jawatankuasa tersebut merupakan satu inisiatif reformasi yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah yang ada hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles