Bung Sumbang 29 Ekor Lembu Untuk Korban di kawasan Parlimen Kinabatangan

 

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KINABATANGAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada sambutan hari raya Aidilhadha tahun ini telah menyumbangangkan 29 ekor lembu korban untuk kawasan Parlimen Kinabatangan.

Dari jumlah tersebut sebanyak 8 ekor lembu disambungkan kepada 6 Pusat Daerah Mengundi DUN Lamag dan 2 ekor untuk UPPM Lamag bersama Sekolah Rendah Kota Kinabatangan dan Taskin Bukit Garam.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen turut turun padang bagi menyaksikan majlis penyembilahan lembu dan penyerahan daging-daging korban kepada penerima yang layak di beberapa buah lokasi iaitu di masjid Kampung Perpaduan Batuh Putih dan kampung Batu 3 Bukit Garam kemarin.

Turut sama di majlis tersebut Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Sukau Datuk Jafry Arifin dan pemimpin masyarakat tempatan.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut Bung yang juga ADUN Lamag berkata Aidiladha dan korban lembu mempunyai sejarah dan signifikan kepada umat Islam.
Katanya b agi kita umat Islam, berkorban pada masa ini bermakna kita membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Saya harap kita menyambut Aidladha ini secara sederhana tetapi yang penting kita dapat menghayati nilai-nilai sebagai umat Islam,” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles