PRU15: Rafizi akan mula kempen secara tersusun bulan depan, ramal Parlimen dibubarkan seawal Ogos

 

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden PKR Rafiz Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini  sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia susulan jangkaannya bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September ini untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan kerajaan baharu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin Rafizi berkata beliau akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia, memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi, dan kempen akan bermula dengan latihan peringkat nasional kepada sukarelawan Ayuh Malaysia pada 2 Julai ini di Kuala Lumpur.
Katanya beliau akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini, meliputi kempen ceramah kepada orang ramai dan diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah negara.
Menurut keputusan tidak rasmi yang dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022, Rafizi mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden, namun pengumuman rasmi akan dibuat semasa Kongres Nasional Tahunan PKR yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai depan.
— BERNAMA

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles