Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA BELUD: SMK Arshad berjaya
mencatatkan kadar kelulusan 89.74 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, meningkat 1.48 peratus berbanding 88.26 peratus catatan tahun 2020.
Seramai 200 orang pelajar sekolah tersebut menduduki peperiksaan SPM tahun lepas dan daripada jumlah itu sebanyak tiga pelajar mendapat 9A ,tiga pelajar memperolehi 8A, empat pelajar 6A dan sembilan pelajar meraih 5A.
Pengetua SMK Arshad Yakup Nasip berkata, pencapaian yang meningkat itu membuktikan pelajar di kawasan luar bandar juga boleh mencipta kecemerlangan sekiranya mereka bersungguh-sungguh belajar menguatamakan displin, menunjukkan komitmen tinggi ketika belajar selain rajin mengulang kaji pelajaran ketika berada di rumah.
“Ini merupakan pencapaian yang terbaik berbanding tahun lepas membuktikan pelajar di kawasan luar bandar juga boleh bersaing dengan pelajar-pelajar di kawasan bandar,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman dan penyerahan Slip keputusan SPM kepada kepada para pelajar di dewan sekolah tersebut pada Khamis.
Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Arshad Harina Wati Datuk Golkhan, penolong-penolong kanan serta guru guru di sekolah tersebut.
Yakup turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang mendidik murid-murid dengan penuh dedikasi dan kesabaran, ibubapa yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang sentiasa nenberikan sokongan dan kerjasama untuk melaksanakan program-program akademik, kokurukulum dan sahsiah serta semua pihak yang membantu sekolah secara langsung atau tidak langsung,
“Saya yakin semua ini dapat dicapai dengan adanya jalinan kerjasama bukan sahaja dikalangan pendidik di sekolah ini namun ianya melibatkan sokongan serta kerjasama dari pelajar dan ibubapa,” katanya.
Menurut beliau SMK Arshad juga berazam untuk mencapai prestasi lebih baik dalam SPM dan STPM 2022 dengan strategi yang lebih teratur dan komitmen yang berterusan.
“Sekolah akan memberikan tumpuan kepada pencapaian murid-murid cemerlang disamping tidak melupakan pencapaian murid-murid sederhana dan lemah kerana SMK Arshad berpegang kepada tema “Yakin Boleh’ kepada setiap murid” , Jelas Yakub.
Sementara itu, beberapa orang pelajar cemerlang yang mendapat 9A ketika ditemui menganggap kejayaan tersebut kerana adanya komitmen sekolah,guru dan pelajar sendiri untuk mencapai kecermalangan dalam akademik.
Bagi Ilhan Saiful yang mendapat 9A berkata semasa belajar beliau fokus terhadap pembelajaran yang disampaikan oleh guru semasa berada di kelas, selain membuat ulang kaji yang berjadual di rumah.
“Semasa berada di kelas saya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika cikgu megajar, rajin bertanya kepada guru apa bila kurang memahaminya dan yang paling penting memperuntukan masa untuk belajar semasa berada di rumah,” katanya.
Berbeza dengan Milan Peneh yang juga memperolehi 9A selain memberikan perhatian semasa cikgu mengajar di dalam klas, beliau sering mengadakan perbincangan mengenai satu satu subjek mata pelajaran bersama rakan-rakan lain.
“Saya juga seperti pelajar yang lain ada masa kita beriadah, namun jangan sampai melalaikan sehingga lupa tugas kita sebagai pelajar. Saya juga memanafaatkan internet untuk mencari bahan- bahan tambahan untuk pelajaran ianya lebih baik dan dapat membantu meningkatkan pengetahuan berguna untuk pelajaran daripada kita melayari perkara perkara yang boleh melalaikan,” jelas Milan.