Oleh: Jaafar Abdul Wahid
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kualiti perkhidmatan di stesen Keretapi Sembulan akan dipertingkatkan bagi mengwujudakn susana yang lebih teratur dan kondusif untuk kemudahan orang ramai.
Katanya untuk tujuan ini Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) akan membuat perancangan yang lebih baik untuk menaiktaraf stesen tersebut bukan sahaja dari kemudahan awam seperti mengwujudkan ruang perniagaan dan sebagainya namun turut menwujudkan satu perjalanan kereta api yang lebih baik dan mesra pengguna.
“Perjalanan dengan menggunakan keretapi adalah alternatif pengangkutan awam yang bukan sahaja digunakan saban hari oleh orang ramai malah kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Kinabalu yang berulang alik ke Kinarut Papar Membakut Beaufort dan kawasan berhampiran juga menggunakan perkhidamatan kereta ap, maka wajar bagi JKNS mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatanya,” katanya selepas mengagih-agihkan pek berbuka puasa kepada penumpang di Setesen Kereta Sembulan pada Sabtu.
Hadir sama Setiausaha teap Kementerian Kerja Raya Datuk Mohd Jasmin Julpin , Timbalan Setiausaha Tetap II KKRS Hassan Mahali dan Pengarah JKNS Leonard Stephen Poyong
Dalam pada itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, JKNS juga bercadang untuk menyediakan bas pengangkutan bagi kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan yang berdekatan untuk membawa mereka ke stesen kereta api Sembulan selepas habis masa berkerja.
Ketika diminta mengulas perkhidamatan keretapi antara Beaufort ke Tenom ,Bung berkata ianya telah mula beroperasi seperti sediakala dan telah memulihkan perkhidamatanya pada 27 April lepas.
Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Kinabatngan itu turut meminta meminta orang ramai agar sentiasa menjaga aspek keselamatan diri terutamanya di jalan raya apabila memandu semasa balik ke kampung halaman masing-masing.
“Selain aspek keselamatan jalanraya ,semasa menyambut perayaan hari raya kali ini susana dijangka lebih meriah setelah peralihan ke era endamik bagimana pun kita jangan leka dengan ancaman virus COVID-19 dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standrad yang telah ditetapkan ini penting agar kesihatan kita terjaga dan terkawal terutamanya semasa perayaan hari raya aidilfitri kali ini,” katanya
Mengenai program tersebut Bung yang juga Pengerusi BN Sabah ianya diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan silatulrahim diantara penumpnag dan JNKS dan ianya merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam JKNS Sabah