PAPAR: Sempena musim Pra-Paskah tahun ini, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun menyempurnakan penyerahan bantuan makanan kepada golongan memerlukan di kawasan DUN Limbahau.
Sebanyak 60 bantuan bakul makanan disampaikan kepada golongan OKU, warga emas dan ibu tunggal pada majlis ringkas yang diadakan di Gereja St Anne Punson di kampung Sulim Kinarut pada Khamis.
“Kita harap bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang mereka hadapi ketika menyambut Paskah,” kata Mositun yang sentiasa komited membela nasib rakyat, khususnya di DUN Limbahau.
Ramai orang Kristian di seluruh dunia menyambut Good Friday pada hari Jumaat sebelum Ahad Paskah.
Ia memperingati Passion, penyaliban, dan kematian Yesus Kristus, yang diceritakan dalam Bible Kristian.