Kerjasama kembangkan industri nanas di Sabah diteruskan melalui kerjasama strategik antara MAFI, MAF Sabah dan LPNM

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) di sini hari ini menandatangani tiga Memorandum Persefahmaan (MoU) bagi menjadikan sektor agromakanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Advertisements

Majlis menandatangani MoU disaksikan oleh Menteri MAFI Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Menteri MAFS Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

MoU yang pertama adalah antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh MAFI dan Kerajaan Negeri Sabah yang diwakili oleh MAFS dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

MoU pertama ditandatangani oleh tiga pihak iaitu Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid, Setiausaha Tetap MAFS Datuk Dr.Mariana Tinggal dan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Khairuzamri M Salleh

Kerjasama untuk mengembangkan industri nanas di negeri Sabah akan diteruskan melalui kerjasama strategik antara MAFI, MAF Sabah dan LPNM adalah seiring dengan hasrat kita bersama untuk meningkatkan sektor pertanian dan bagi membantu petani-petani danbpengusaha-pengusaha di Negeri Sabah.

Dengan persefahaman yang akan dimeterai pada hari ini, adalah diharapkan agar industri nanas di negeri Sabah akan terus berkembang dan petani-petani serta rakyat Negeri Sabah akan mendapat manfaat bukan sahaja dari aspek teknologi penanaman nanas malahan dari segi peningkatan pendapatan serta peluang pekerjaan didalam setiap komponen rantaian nilai industri nanas.

 Bagi tujuan pembangunan industri nanas di Negeri Sabah, projek usahasama antara MAFI, LPNM dan MAF Sabah akan dinamakan sebagai Projek Perintis Pembangunan Industri Nanas Negeri Sabah untuk menggalakkan pembangunan dan pengeluaran nanas di Negeri Sabah menerusi teknologi dan kaedah yang terkini.

Sebanyak RM1 juta diperuntukkan pada tahun 2022 oleh MAFI menerusi LPNM bagi projek tersebut.

MoU seterusnya adalah di antara Agrobank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam aktiviti pelaburan dan meningkatkan sinergi antara dua organisasi dibawah MAFI dan MAFS dalam membangunkan Sabah Agroindustrial Presinct (SAIP).

Menerusi MoU ini Agrobank diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, manakala SEDCO oleh Pengurus Besar Kumpulan, Tuan Haizar R.H.Ajaz Nabijan.

MoU ketiga adalah bertujuan untuk memperkukuh, menggalakkan dan mengadakan kerjasama dalam bidang pembangunan usahawan produk berasaskan tomato melalui perundingan khidmat nasihat teknikal pembangunan kilang dan teknologi pemprosesan.

MoU ini ditandatangani di antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), diwakili Ketua Pengarahny Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, manakala Syarikat Karkun Sdn Bhd pula diwakili Ketua Pegawai Operasi syarikat Rizal Ajmin.

Bidang kerjasama umum di antara MARDI dan Karkun Sdn Bhd di bawah MOU ini merangkumi khidmat nasihat teknikal berkaitan pembangunan kilang pemprosesan tomato dan pembangunan usahawan melalui penggunaan teknologi MARDI. 

Kerjasama strategik ini akan meningkatkan ekonomi komuniti setempat dengan pembangunan kilang pemprosesan produk berasaskan tomato selain turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles