120 orang sertai program derma darah Tamu KRT Pekan Kundasang

RANAU: Satu program derma darah telah diadakan di perkarangan Tamu KRT Pekan Kundasang, di sini hari ini.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merakamkan ucapan kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Beliau diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Dounis Sani dalam perasmian program itu.

Menurut Dounis, program derma darah Ini anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Kundasang, UPPM Kundasang, Tabung Darah Hospital Ranau dan KRT Kundasang.

Seramai 120 orang terlibat sama dalam program pada hari ini. Sejumlah 30 pain darah berjaya dikumpulkan.

Dr. Joachim juga telah memberikan sumbangan untuk membiayai kos makan minum para petugas.

Turut hadir juga ialah Pengerusi ALPH, Benedict Gunda; Juruteknologi makmal perubatan Unit Tabung Darah, Hoapital Daerah Ranau, Gracey John; Penyelia Kemajuan Masyarakat, Japli Madi, dan Pegawai Kemajuan Masyarakat, Kasinin Basir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles