PRN: Jamawi Yakin Penduduk Sabah di Johor Menyokong BN

ULU TIRAM: Bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar yakin penduduk Sabah yang menatap,berkerja dan berdaftar sebagai pemilih di sini akan memilih Barisan Nasional pada PRN Johor kali ini.

Advertisements

Keyakinan ini beliau suarakan selepas melakukan ziarah rumah ke rumah penduduk Sabah di Ulum Tiram dekat sini kemarin.

“Dari perjumpaan ini saya mendengar pandangan mereka yang mengakui semasa BN memerintah negeri ini keadaan politik lebih stabil membolehkan kerajaan dapat merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan yang turut mereka rasai limpahan kemakmuranya walaupun mereka datangnya dari Sabah,” katanya ketika ditemui selepas melakukan program ziarah tersebut.

Jamawi yang juga diberikan tanggungjawab untuk menjaga pengundi luar khususnya dari Sabah memberi tahu ramai penduduk Sabah yang berhijrah ke Johor untuk mencari peluang pekerjaan malah ada yang sudah berkeluarga dan menatap di sini lebih dari 10 tahun.

“Mereka (penduduk Sabah) mengakui ketidakstabilan politik memberikan kesan yang mendalam terhadap sumber pendapatan harian mereka pelabur asing tidak datang melebur dan ini menyekat peluang pekerjaan untuk mereka,” katanya.

Ketika ditanya tindakan Parti Warisan yang berdaftar di Sabah yang bertanding di enam buah kerusi DUN pada PRN Johor kali ini apakah ya nya akan mempengaruhi sokongan penduduk Sabah kepada BN ,Jamawi berkata kebanyakan mereka yang ditemui PRN kali ini adalah untuk memilih kerajaan negeri Johor yang sudah tentu akan memilih parti yang memiliki kekuatan untuk mencorak masa depan Johor.

“Saya fikir (pengundi dari Sabah) tidak akan terpengaruh dengan kedatangan parti Warisan dalam PRN ini, ini disebabkan mereka memilih parti yang boleh menentukan masa depan Johor termasuk mereka yang mencari sumber rezeki di sini yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil,” jelas Jamawi.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi SUDC bagi mendekati lagi para pengundi dari Sabah dan Sarawak yang mengundi di sini pelbagai program akan disusun atur bagi menemuai seramai mungkin penduduk Sabah dan Sarawak yang mengundi di sini.

“Kita akan selaraskan beberapa program bertujuan untuk kenal mengenali di samping mengeratkan silatulrahim antara calon-calon BN dan jentera-jentera BN,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles