Presiden UMNO Hadiri Majlis Bersama UMNO, BN Sabah

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Presiden UMNO Dato Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Sabah pada Jumaat menghadiri jamuan makan tengahari bersama kepimpinan Umno Sabah.

Selepas menghadiri majlis tersebut Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut menghadiri perjumpaan dan mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Sabah yang turut dihadiri oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ,Setiausaha Barisan Nasional Datuk Zambry Abdul Kadir dan Ketua-Ketua parti kompenan BN Sabah.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu telah membincangkan pelbagai isu semasa terutama memperkukuhkan Barisan Nasional Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum PRU ke 15 yang diadakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Bung yang juga Ketua Umno Sabah ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, perjumpaan itu merupakan perjumpaan biasa yang lebih menjurus kepada perbincangan mengenai isu-isu semasa selain persediaan jentera BN/UMNO Sabah untuk menghadapi PRU ke-15 akan datang.

“Mesyuarat biasa sahaja perbincangan lebih tertumpu kepada isu isu semasa selain perbincangan mengenai persediaan jentera BN khususnya di Sabah bagi menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Bung mengingatkan semua kepimpinan BN/UMNO di negeri ini agar berada dalam kesiapsagaan untuk menghadapi PRU15.

Katanya: “persediaan jentera perlu dibuat lebih awal tidak menunggu saat saat akhir atau menunggu pembubaran Parlimen barulah jentera digerakan”.

“Apabila kita sudah bersedia apa saja kemungkinan kita boleh laksanakan,” katanya.

Menurut Beliau Umno tidak menghadapi kesukaran untuk memperkukuhkan jentera parti sekiranya semua pihak dapat memainkan peranan masing masing.

“Struktur kita (UMNO) sudah lengkap bahagian pemuda ,wanita ,puteri dan cawangan jika semuanya berfungsi ianya lebih memudahkan gerak kerja untuk menghadapi PRU ke-15 ,” katanya.

Bung berkata kesiapsiagaan penting apabila pilihanraya berlangsung jentera memainkan peranan dan wanita memainkan peranan penting yang seharusnya telah pun melaksanakan kajian sikap pengundi.

“Pemuda ,Puteri juga mempunyai peranan yang sama penting pada PRU Ke-15 kali ini, kita akan berhadapan dengan pengundi golongan berumur 18 hingga 21 tahun yang pertama kali menjadi pemilih ,justeru kita (parti) perlu mengetahui pemikiran dan citarasa mereka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya gerak kerja program yang lebih mesra kepada golongan ini bagi memenuhi aspirasi mereka perlu digerakan awal agar golongan ini lebih arkab dengan kepimpinan dan parti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles