KOTA KINABALU: Misi Skuad Prihatin Negara(SPN) Bersatu Sabah telah mengadakan gotong- royong membersihkan rumah mangsa bencana alam banjir baru-baru ini.
Rombongan itu turut disertai Naib Ketua Armada Bersatu Malaysia, Ceasar Mendela Malakun bersama Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda.
Selain menyerahkan bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada mangsa bencana banjir. Skuad Prihatin Negara Bersatu Sabah turut mengagihkan mesin pembersih air tekanan tinggi untuk digunakan bagi membersih kawasan gereja dan kawasan yang teruk dilanda banjir lumpur.
Antara kampung yang diziarah di Kampung Morion, Kampung Batiton Kota Marudu, Gereja Katalik St Mary Kampung Morion dan pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu.
Menurut Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Marudu, pengujudan Skuad Prihatin Negara adalah tanda kepada keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat.
“Skuad ini melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.
“Menyedari akan keperluan semasa negara yang berhadapan dengan bencana banjir yang telah menjejaskan kehidupan seharian sebahagian penduduk di negeri dan mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pascabanjir,” katanya semasa menyerahkan mesin pembersih air tekanan tinggi dan bakul makanan di Kota Marudu semalam.
Tambah Redonah lagi, usaha itu adalah usaha berterusan dari Srikandi Bersatu Sabah dan Armada Sabah untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi dikala dilanda musibah.
“Kita sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat dan berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa musibah sebegini berlaku seperti banjir kilat yang melanda di negara” katanya lagi.
Hadir sama ialah Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah Anna Bell Perian, Setiausaha Kerja Srikandi Bersatu Sabah Aziah Atoh, Pengerusi Biro Kebajikan Srikandi Bersatu Sabah Salmi Sarinoh, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kimanis Dayang Hairena Awang Basir Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Belud, Hasrina Wati Datuk Golkhan dan Ketua Armada Bersatu Bahagian Papar Azrul Ibrahim serta Srikandi dan Armada Bersaru Kota Marudu.