Kerajaan Sabah Diminta Kaji Semula Status Tanah Bergeran 900 ekar di Kuala Pintasan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah diminta mengkaji semula status tanah begeran sekitar 900 ekar di Kuala Pintasan, Kota Belud.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata langkah itu wajar dilakukan memandangkan terdapat pelanggaran syarat-syarat geran tersebut.

“Pada pandangan saya, JTU (Jabatan Tanah dan Ukur) khususnya perlu mengkaji semula perkara itu secara menyeluruh,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh berkata beliau difahamkan tanah itu kini tidak diusahakan sejak ianya diberikan dan telah dijual kepada pihak ketiga.

“Jika perlu, pemberian geran tersebut wajar ditarik semula. Pekara ini sudah saya bangkitkan dahulu lagi semasa saya menjadi Ahli Parlimen,” kata beliau.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menegaskan kerajaan perlu sentiasa waspada dan menilai balik status penggunaan tanah agar ia dapat diusahakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles