Kerajaan Sabah Sediakan Latihan, Platform Tawar Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Terkesan Covid-19

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus komited membantu menyediakan latihan dan platform yang menawarkan peluang pekerjaan kepada pencari kerja termasuk yang diberhentikan kerja kesan pandemik
COVID-19.

Advertisements

Bagi maksud itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata pihaknya menerusi Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah Creative and Innovation Centre (SCENIC) dan Sabah Skills Technology Centre (SSTC) telah melaksanakan pelbagai program termasuk Karnival Kerjaya, Pelancaran Portal Sabah Jobs, Program Sabah Talent Enterpreneurship Programme (STEP), Program Pembangunan Iltizam, MyDigital Workforce Work in Tech (MYWiT) dan Program MyReskills IoT.

Yakub berkata pihaknya turut memperkasakan modal insan
dalam bidang Sains, Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menawarkan pelbagai program kemahiran teknikal dan teknologi di JPSM, SCENIC, SSTC dan Kolej AMC .

“Kerajaan negeri akan terus prihatin dalam menangani masalah pengangguran dan kehilangan pekerjaan belia di negeri ini.

“Adalah diharap golongan yang terkesan menyambut peluang-peluang latihan yang disediakan oleh Kementerian ini dan dapat bersama-sama menghadapi cabaran semasa pandemik ini dengan lebih berkeyakinan,” katanya.

Yakub berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Likas, Tan Lee Fatt pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) di Kota Kinabalu, hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles