Srikandi Muda Pelapis Baharu Pejuang Parti – Azizah

KOTA KINABALU: Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Mohd Dun berkata penubuhan Srikandi Muda untuk menarik golongan wanita sebagai pelapis dari golongan muda bersama Bersatu.

Advertisements

“Penubuhan platform Srikandi Muda adalah wadah baharu dalam mengemudi anak muda ke puncak kejayaan. Saya ingin tekankan bahawa adalah amat penting untuk kita melatih bakal pemimpin, pelapis kita sedari usia muda mereka.

“Memandangkan usia layak mengundi adalah 18 tahun, kita adakan program outreach golongan beliawanis dan remaja agar mereka sertai Biro Srikandi Muda.

“Srikandi Muda adalah harapan kita dalam membawa parti Bersatu untuk lebih jauh”katanys.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan dengan Pengerusi- Pengerusi Biro Srikandi Muda Sabah di Bangunan Bersatu Alamesra pada Isnin.

Jelas Azizah, Biro Srikandi Muda perlu bergerak aktif memandangkan apabila golongan muda berusia 18 tahun boleh mengundi secara automatik.

“Srikandi Muda memainkan peranan besar dan perlu bekerja keras mengambil peluang yang ada untuk menarik mereka menyertai parti Bersatu. Biro Srikandi Muda perlu menyusun gerak kerja baru bagi memastikan golongan ini berasa selesa, mesra dan dekat dengan parti Bersatu.

“Harus diingat golongan muda ini bukan sahaja aset kepada negara tetapi aset kepada parti dan merupakan barisan pelapis yang perlu diberikan pendedahan mengenai sistem demokrasi dan operasi parti itu sendiri”, tegas Azizah.

Tambah beliau menarik minat golongan belia berumur 18 tahun ke atas antara strategi yang akan ditekankan oleh Srikandi Muda menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

” Ianya amat penting memandangkan golongan tersebut telah dibenarkan untuk mengundi maka strategi yang sesuai dengan kehendak mereka perlu diambil kira bagi memastikan agenda parti relevan dengan keperluan semasa,” katanya lagi.

Hadir sama Naib Ketua Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Amisah Yassin, Penolong Setiausaha Dato Redonah Bahanda, Ketua Srikandi Bersatu Sipitang , Datuk Surinam Sadikun dan Setiausaha Kerja Srikandi Sabah, Aziah Atoh.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles