Kemenangan BN PRN Melaka Bukti Rakyat Utamakan Kestabilan Politik – Bung

Kemenangan BN PRN Melaka Bukti Rakyat Utamakan Kestabilan Politik – Bung

Advertisements

Oleh : Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah petunjuk yang jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan politik di negara ini.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kemenangan ini juga memberikan petunjuk bahawa kesetiaan serta kepercayaan rakyat kepada BN masih utuh.

“Setakat ini dua PRN sudah kita lalui Sabah dan Melaka dimana kita berhadapan dengan pelbagai presepsi, tomahan dan fitnah malah sebelum ini ada pihak yang melebalkan parti BN/UMNO sudah terkubur ,namun hakikatnya dari dua PRN ini rakyat masih setia bersama BN yang selama ini telah terbukti berupaya mengurus kestabilan politik negara,” katanya ketika diminta mengulas kejayaan Cemerlang BN yang memenangi 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka kali ini.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ,kejayaan ini juga membuktikan konsep kerja berpasukan dari semua jentera parti merupakan faktor utama membantu kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.

“Seperti saya nyatakan sebelum ini, BN/UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai struktur yang lengkap justeru kalau semua ini berfungsi dan digerakkan sudah pesti kejayaan dapat dicapai,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada semua calon BN dan seluruh jentera, Bung berharap kejayaan ini tidak harus mengalpakan semua pemimpin parti untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan untuk terus berkhidmat membela rakyat.

Bung berkata Pada PRU 14 BN di serang dengan pelbagai persepsi dan fitnah dan turut dimainkan semasa PRN Melaka namun rakyat lebih matang memikirkanya dengan memilih parti yang boleh membawa kestabilan politik untuk membawa kemajuan dan pembangunan jitu kepada negara.

Ketika ditanya mengenai prestasi cemarlang calon calon muda yang ditampilkan oleh BN Bung berkata parti telah pun melakukan proses peremajaan parti dan menampatkan kejayaan ,justeru mereka yang terpilih perlu memikul tugas serta yang diamanahkan dan sentiasa berusaha memantapkan kepimpinan diri bagi menghadapi cabaran semasa.

Dalam perkembangan lain Timbalan Ketua Menteri Sabah ini juga turut diajukan soalan apakah dengan kemenangan BN dalam PRN Melaka kali ini memberikan keyakinan kepada BN untuk bergarak secara solo menghadapi PRU ke-15 akan datang ,beliau berkata masih terlalu awal untuk mengulasnya tapi tidak menolak kemungkinan untuk BN bergerak sendiri menghadapi PRU akan datang.

“Pada PRN kali ini BN dicabar untuk bergerak sendirian dan hasilnya sudah kita lihat dimana ini turut memberikan keyakinan kepada BN untuk bergerak sendiri pada PRU akan datang,” jelas Bung .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles