Jangan Leka Jaga SOP Covid-19 – Mizma

LAHAD DATU: Masyarakat Dun Segama diingatkan supaya tidak leka dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berkuarantin di rumah.

Advertisements

Penimpin Pembangunan Masyarakat Dun Segama, Mizma Appehdullah berkata, ketika ini negeri Sabah sudah berada dalam Pelan Pemulihan Fasa 2 tetapi tidak bebas daripada Covid-19 sepenuhnya lagi.

Katanya, jika SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika diabaikan, tidak mustahil akan menyumbang kepada peningkatan kes dan kluster baharu di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas penghantaran bakul makanan kepada 60 buah keluarga yang berkuarantin di rumah di sini semalam.

Program bantuan bakul makanan merupakan anjuran Srikandi Bersatu Lahad Datu dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Segama.

Srikandi Bersatu Lahad Datu telah menghantar bantuan bakul makanan dari rumah ke rumah.

Menurut Mizma yang juga Ketua Srikandi Bersatu Lahad Datu masih terdapat juga individu yang tidak ambil kisah walaupun mempunyai gejala seperti demam atau batuk.

“Sudahlah bergejala, pelitup muka pun tidak pakai, jadi kita gusar kalau-kalau ia akan menular kepada orang lain, lebih bahaya jika yang tersebar itu adalah Covid-19,” katanya

Srikandi Bersatu Lahad Datu memberi bantuan khas kepada keluarga-keluarga yang berkuarantin di rumah, memandangkan mereka tidak di benarkan untuk keluar rumah yang putus punca pendapatan akibat pandemik di lokaliti Dun N.61.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Upak, Tawaiyari dan Segama Batu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles