137 Kenderaan, 104 Orang Diperiksa Dalam Op Bersepadu ESSCOM

BELURAN: Sebanyak 137 buah kenderaan dan 104 orang telah diperiksa dalam operasi Bersepadu khas yang diselaraskan oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Advertisements

Operasi 2 hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang itu telah dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasa seperti Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan trafik, BN 20 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh, Beluran.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 137 buah kenderaan telah diperiksa antaranya melibatkan 65 buah kenderaan, 26 buah lori, 34 kenderaan pacuan empat roda, 10 buah kereta dan 7 buah van dan 5 buah motorsikal.

Dalam operasi tersebut juga, sebanyak 12 keping saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Beluran atas pelbagai kesalahan antaranya gagal menunjukkan lesen memandu dan lampu brek tidak berfungsi.

Selain daripada itu, seramai 3 warga asing telah ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 6 (1) (c)Akta imigresen 1959/63.

Operasi-operasi ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pengguna jalan raya di daerah ini mematuhi undang-undang lalulintas khususnya kepada lori-lori balak yang boleh membahayakan pengguna lalu lintas yang lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles