Sabah, Sarawak Seri lebih 2,400 Kes Harian Covid-19

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak yang bakal menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 yang hampir sama iaitu sekitar 2,400.

Advertisements

Mengikut status terkini Covid-19 Kebangsaan, Sabah mencatatkan 2,430 kes baharu Covid-19 hari ini manakala Sarawak merekodkan 2,414 kes.

Bagi Sabah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata
kes harian itu susut 164 tetapi masih di paras tinggi.

Beliau berkata beberapa daerah mendaftar jumlah kes yang lebih tinggi berbanding kelmarin; Kota Kinabalu +55, Kinabatangan +139 (Kluster baharu +122), Kudat +42, Pitas +27 & Kota Belud +15. Penurunan kes yg banyak di Keningau -104, Kota Marudu -46, Putatan -40, Papar -68 dan Penampang -85.

Masidi berkata 1,030 daripada jumlah kes hari ini adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 221 antara 4-5 hari dan 274 adalah keputusan sampel ujian yg didaftar lewat melebihi lima hari.

“Saringan kontak rapat menyumbang 56% (1362) daripada keseluruhan kes hari ini, saringan bergejala 30.2% (734) dan 6.4% (156) diperolehi melalui saringan bergejala,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Katanya 1,732 pesakit hari ini adalah dalam kategori 2, 652 dalam kategori 1, 24 orang dalam kategori 3, 5 orang dalam kategori 4 dan 13 orang dalam kategori 5. 4 kes masih dalam siasatan.

“Semalam semua negeri di Malaysia (termasuk Sabah) berjaya mencapai sasaran nilai ambang 40% vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa dibawah Pelan Pemulihan Nasional.

“Sabah juga kini menghampiri 60% penduduk dewasa yang telah mengambil satu dos,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles