Tiada Yang Boleh Diraikan Hari Ini dalam Konteks Perang Covid-19 – Masidi

KOTA KINABALU: Jutaan rakyat Malaysia hari ini menyambut Hari Kebangsaan namun dalam konteks peperangan melawan pandemik Covid-19, belum ada yang boleh diraikan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun berkata selepas kes harian turun dua hari berturut turut, jumlah kes naik semula hari ini sebanyak 284 kes, menjadikan jumlah baharu keseluruhan 2,594.

Beliau berkata jumlah kes di Papar naik mendadak kepada 264 (+215) daripada 49 kes sahaja kelmarin, Sandakan menambah 68 kes, Putatan naik 37 kes, Penampang dan Kota Kinabalu masing-masing menambah 31 kes.

Masidi berkata daerah Tuaran bagaimanapun turun 103 kes, Kota Belud -22 dan Kinabatangan turun 24 kes.

“Walaupun saringan kontak rapat masih penyumbang utama kepada kes2 baharu, 1,573 (60.6%), tetapi jumlah yang diperolehi dpd saringan bergejala naik kepada 30.3% (787) berbanding 29.4% (680) kelmarin.

“Kes dalam kategori ini adalah dianggap kes-kes sporadik, yakni pembawa/punca virus sukar dikenalpasti mahupun tempat dimana dijangkiti. Tetapi ia tanda-tanda bahawa virus sudahpun berada dalam komuniti kita,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Menurutnya kes-kes sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan atau kecuaian mematuhi SOP serta amalan penjagaan kesihatan diri yang tidak sempurna.

“Peratusan kes daripada kategori ini agak tinggi dibeberapa daerah kalau kita ambil statistik hari ini sebagai petunjuk; Tawau 44.6%, Penampang 41.4%, Putatan 38.5% dan Kota Kinabalu 31.9%.

“Daripada 2594 kes hari ini, 1938 (74.7%) pesakit adalah dalam kategori 2, 564 (21.7%) pesakit dalam kategori 1, 15 orang dalam kategori 3, 4 orang dalam kategori 4 dan 12 pesakit dalam kategori 5. Seramai 61 pesakit lagi masih dalam siasatan,” katanya.

Masidi berkata Sabah sedang menghampiri angka 40 peratus jumlah penduduk dewasa yang telah melengkapkan pengambil dos vaksin.

“Setakat jam 3 petang ini (31/8), seramai 39.0% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi dos vaksin yang lengkap dan 58.4% telahpun mengambil satu dos,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles