Tun Sakaran Dimasukkan Ke ICU Disyaki dijangkiti Covid-19

KOTA KINABALU: Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai yang disyaki dijangkiti Covid-19 pada Rabu lepas dimasukkan di Pusat Kawalan Rapi (ICU) Hospital Gleneagles Kota Kinabalu semalam.

Advertisements

Perkara itu disahkan anaknya Datuk Nasir Sakaran yang juga bekas anggota kabinet negeri Sabah.

“Ayahanda saya disyaki dijangkiti virus Covid-19 di mana keadaan beliau stabil pada ketika dimasukkan ke hospital tersebut.
“Dan baru kelmarin ayahanda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atas sebab-sebab pihak pengurusan dan doktor-doktor di hospital mengatakan bahawa adalah perlu bagi ayahanda ditempatkan di ICU supaya dapat dikawal dengan baik dan rapi.

“Setakat ini, kami anak-anak beliau berhubung dengannya melalui video call yang mana kami bertanyakan kesihatan beliau.
“Alhamdulillah, ayahanda mengatakan beliau dalam keadaan yang baik dan makan pun seperti biasa terjaga.
“Dan baharu sebentar tadi saya telah berhubung melalui video call dengan ayahanda, di mana beliau telah memohon doa supaya kesihatannya boleh bertambah baik,” kata Nasir dalam kenyataannya dibuat menerusi video yang dikongsikan di sini hari ini.
Beliau pernah menjadi TYT Negeri Sabah dari tahun 1995 hingga 2002.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles