Pemimpin PBS Limbahau Ziarah Holy Family Residence

PAPAR: Serombongan pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) semalam menziarahi Holy Family Residence bagi menghantar makanan kepada penghuni kediaman itu.

Advertisements

Rombongan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa PBS Limbahau diketuai oleh Ketua Bahagian PBS DUN Limbahau merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Datuk Johnny Mositun.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Mositun berharap bekalan makanan itu dapat meringankan beban mereka terutama ketika negeri ini bergelut dengan ancaman pandemik Covid-19.

“Kita bersyukur kerana masih dapat berkhidmat dan diberikan kesihatan untuk bekerja,” katanya

Beliau berkata pusat itu mempunyai 14 orang kakitangan yang menjaga 29 orang penghuni.

“Terima kasih Sister Clara yang menjemput lawatan singkat kami dan turut memberikan Doa kepada kami,” kata Mositun.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PBS Limbahau merangkap Setiausaha Exco Pemuda PBS Pusat, Juli Insing Tony Setiausaha Bahagian, Gustin Ramitan Ajk Bahagian , Oliver Mesilus Setiausaha Pemuda PBS Lmbahau, Timbalan Pemuda PBS Limbahau Hilary Mimis dan Lee Yun Chong setiausaha kerja Pejabat PBS Limbahau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles