Sabah merakamkan tahniah kepada PM baharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
merakamkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, dan menyatakan beliau juga
mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin
negara ini. Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata Kerajaan
Negeri GRS menyokong penuh Ismail Sabri dan mengharapkan hubungan
negeri-persekutuan ini akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk
mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga yang antara lain
mengambil kira hak-hak Sabah. “Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan. “Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah
diselesaikan, marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan, dan terus
bergerak untuk memerangi pandemik COVID-19 serta membangun kembali
ekonomi kita,” katanya. Ketua Menteri yang mewakili Kerajaan GRS turut mengucapkan terima kasih
kepada Perdana Menteri sementara atau caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya
kepada Sabah.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles