Norma Baharu Untuk MPs Namakan Pilihan PM Secara Bertulis

KOTA KINABALU: Walaupun pandemik Covid-19 di negara ini masih belum menemui penghujungnya, namun semangat rakyat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak pernah luntur.

Advertisements

Begitulah semangat yang ditunjukkan rakyat Malaysia dalam mendepani dunia norma baharu.

Pandemik Covid-19 telah merubah segalanya terutama kehidupan seharian termasuk dalam arena politik.

Yang terbaharu ialah amalan norma baharu dalam soal menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Susulan ancaman Pandemik-19, pihak Istana Negara mengarahkam semua anggota Dewan Rakyat supaya membuat akuan dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri secara bertulis dan bukan lagi secara bersemuka di Istana Negara.

Bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen hanya diberi masa sehingga jam empat petang esok untuk berbuat demikian dan ia wajib disahkan sebagai benar.

Notis arahan itu dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Ini berbeza dengan amalan awal tahun lepas untuk maksud yang sama yang menyaksikan Agong mengadakan pertemuan bersemuka dengan ketua-ketua parti atau anggota Parlimen di Istana Negara.

Langkah terbaharu itu dilihat seiring dengan wawasan kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19, sekali gus menggambarkan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong terhadap kepentingan rakyat, khususnya dalam soal kesihatan.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.
Turut meletak jawatan adalah 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.
Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa menghadap Seri Paduka di Istana Negara.
Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu, mengangkat sumpah Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Feb tahun sama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles