Kunjungan Hormat CEO Ke atas TYT Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Advertisements

Beliau yang tiba tepat jam 9.30 pagi di perkarangan Istana Negeri itu, diringi oleh Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan ESSCOM Cik Nurul Ellda Baharudin dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Keurusetiaan ESSCOM Encik Ab Rasil Hajatil.

Kunjungan ini merupakan kunjungan sulung beliau ke Istana Negeri setelah dilantik sebagai CEO ESSCOM yang baharu.

Dalam kunjungan tersebut, beliau telah memaklumkan mengenai pelantikannya sebagai CEO ESSCOM yang baharu menggantikan Tuan Noor Alam Khan A. Wahid Khan yang telah dinaikan pangkat dan dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) berkuatkuasa pada 7 September 2020, yang lalu.

Selain itu, Beliau turut memberikan penerangan ringkas mengenai peranan dan fungsi bahagian awam ESSCOM yang sentiasa menyokong dan mengimbangi peranan bahagian keselamatan khususnya dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan termasuk program gerak saraf dalam usaha untuk memenangi hati dan minda masyarakat pantai timur agar sentiasa memberikan sokongan kepada operasi-operasi keselamatan ESSCOM dengan tidak memberikan ruang kepada anasir-anasir luar terutamanya tali-tali barut dan penjenayah rentas sempadan daripada bertapak di negeri ini.

Sebelum dilantik ke jawatan CEO ESSCOM, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur selama hampir 2 tahun.

Sementara itu, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kunjungan hormat tersebut dan berharap agar ESSCOM akan terus memainkan peranan sebagai sebuah entiti keselamatan yang disegani yang berperanan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan pantai timur Sabah daripada diceroboh oleh anasir-anasir luar khususnya ancaman daripada Kumpulan Militan Abu Sayyaf daripada selatan Filipina.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi bertukar-tukar cendera kenangan dan sesi Fotografi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles