PPV IPT-UMS Terima ‘Pek Hero’ daripada KBSS

Andy menerima cenderahati

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menghulurkan sumbangan sebanyak 160 set ‘Pek Hero’ kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksinasi Insititusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysai Sabah (PPV IPT-UMS).

Sumbangan itu disampaikan Pembantu Menteri KBSS, Andy Muhammad Suryady Bandy kepada Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin semasa lawatannya ke PPV IPT-UMS, hari ini.

Menurut beliau sumbangan tersebut merupakan salah satu program yang dijalankan oleh KBSS sebagai tanda penghargaan dan usaha menyantuni para petugas barisan hadapan.

“Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan KBSS kepada semua petugas barisan hadapan di UMS yang bertungkus lumus memastikan proses pemberian vaksinasi berjalan lancar sejak hari pertama PPV ini dibuka,”* ujarnya.

Melawat Pusat Pemberian Vaksin IPT-UMS

Beliau turut menggesa orang ramai supaya segera mendaftar sebagai penerima vaksin melalui saluran yang disediakan oleh kerajaan.

“Sasaran imuniti kelompok akan lebih mudah dicapai sekiranya proses pemberian vaksin mendapat kerjasama dari semua pihak. Saya juga mengharapkan komitmen dari kerajaan Persekutuan agar bekalan vaksin untuk negeri Sabah dipercepatkan, agar tidak berlaku penangguhan pemberian vaksin seperti sebelum ini,” tambahnya.

Pada lawatan tersebut, beliau turut diberikan taklimat mengenai proses dan jumlah pemberian vaksin di PPV IPT-UMS sejak pusat itu mula beroperasi pada 14 Jun 2021.

Sehingga kini PPV IPT-UMS mencatat kumulatif pemberian sebanyak 21,449 dos dengan jumlah agihan 3,000 vaksin sehari.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles