LAHAD DATU: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dinaikinya terbabas sebelum masuk ke gaung di kilometer 36 Jalan Lahad Datu-Kunak tengah malam Isnin.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa yang mengalami kecederaan ringan itu dikenali sebagai
Ahmad Bin Mulunji @ Amulunji berumur 55 tahun.
Pemandu kereta jenis Toyota Estima itu Jamali Bin Kummalu, 45, tidak mengalami sebarang kecederaaan.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah dihantar ke Hospital berdekatan untuk pemeriksaan.
Kenyataan itu berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 11.34 malam, dan kemudian menghantar sepasukan sembilan anggota pelbagai pangkat dengan dua jentera.
Setiba di tempat kejadian, anggota bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa tersebut daripada gaung.
Operasi menyelamat itu tamat pada pukul 12.35 tengah malam.