Mositun Gesa Kerajaan GRS Bina Jambatan Gantung di Moluyuon, Kaiduan

PAPAR: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa supaya mempercepatkan pembinaan jambatan gantung di Kg Moluyuon Kaiduan bagi menampung keperluan penduduk kampung yang menyeberangi Sungai itu.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun berkata kemudahan asas itu amat mendesak memandangkan para penduduk di situ menggunakan dua jambatan gantung untuk menyeberang dua laluan sungai sejauh satu kilometer.

“Sebelum ini, saya telah mengemukakan permohonan projek jambatan gantung tersebut kepada pihak yang berkenaan.

“Namun sehingga kini, masih belum ada berita gembira yang diterima. Sebab itu, saya bagi pihak ratusan penduduk kampung Moluyuon Kaiduan merayu agar jambatan gantung ini dapat dibina secepat mungkin,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Mositun berkata dengan adanya jambatan gantung tersebut, ia memudahkan perjalanan ulang-alik penduduk untuk menjalankan aktiviti harian.

Beliau berharap kerajaan GRS dapat mempertimbangkan rayuan itu dan juga permohonan-permohonan projek lain untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk khususnya di kawasan DUN Limbahau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles