PAPAR: Masalah hakisan di Kampung Manggis dekat sini mendapat perhatian Pemimpin Pembangunan Masyarakat Limbahau, Datuk Johnny Mositun yang turun padang untuk melihat sendiri permasalahan berkenaan.
Mositun bersama Ketua Masyarakat Cina Yee Teck Ming dan pemimpin masyakat Rustin Mogau turun padang semalam bagi meninjau kawasan tebing sungai yang terhakis akibat banjir dan hujan lebat baru-baru ini di kampung berkenaan.
“Saya akan berusaha untuk mencari jalan terbaik menangani masalah hakisan ini demi kebaikan bersama,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.
Sebelum itu, Mositun yang amat prihatin masalah rakyat turut meninjau keadaan parit yang perlu diselenggarakan di kampung Surati.
Beliau berkata penyelenggaraan itu penting bagi memastikan banjir tidak berlaku apabila hujan.