Yahya Hussin Dilantik Yang Di-Pertua MUIS

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang baharu.

Advertisements

Al Fadhil Ustaz Malai Ali Haji Malai Ahmad pula dilantik Timbalan Yang Di-Pertua MUIS
manakala Ustaz Haji Ag. Lahap Ag. Bakar @ Ag. Syairin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Majlis penyerahan Watikah pelantikan mereka disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Arifin berkata sambutan Maal Hijrah bulan depan mungkin diadakan secara maya seliranya keadaan pandemik Covid-19 tidak mengizinkan.

Katanya sebahagian besar daripada peruntukan Maal Hijrah tahun ini termasuk di peringkat daerah akan digunakan untuk pembelian bakul makanan bagi membantu mereka yang terkesan pandemik Covid-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles