Pemain golf Kelly Tan dan pemanah Syaqiera layak ke Olimpik Tokyo – MOM

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan dua lagi atlet Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Advertisements

Atlet berkenaan ialah pemanah negara, Syaqiera Mashayikh dan pemain golf wanita profesional Kelly Tan.
MOM membuat pengumuman itu melalui hantaran di laman Facebook malam tadi dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet berkenaan atas kejayaan mereka menempah tiket ke Olimpik.
Ini merupakan penampilan pertama di Sukan Olimpik buat Syaqiera manakala Kelly, ia merupakan penampilan kedua setelah pernah beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016.
Perkembangan terbaharu mengenai Syaqiera dan Kelly dalam kontinjen negara itu menyaksikan 26 atlet yang layak menyertai temasya sukan terbesar dunia itu setakat ini, yang akan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos.
Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata empat atlet yang masih menunggu status kelayakan mereka adalah Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan atlet olahraga Azreen Nabila Alias (100m wanita) serta dua perenang, Welson Sim (gaya bebas 200m /400m lelaki) dan Phee Jinq En (kuak dada 100m wanita).
— BERNAMA

Related Articles

253FansLike

Latest Articles