UPKO Syorkan Kerajaan Negeri Buat Dasar Tersendiri Tangani Keadaan Semasa

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) mengesyorkan agar

Advertisements

kerajaan negeri membuat dasar tersendiri yang berlainan dengan kerajaan pusat supaya lebih berkesan menangani keadaan semasa di negeri ini.

Ketika membuat gesaan itu, presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pendekatan seumpama itu tentunya selaras yang dituntut oleh rakyat di atas prinsip desentralisasi dalam urus tadbir kerajaan.

Beliau berkata desentralisasi merupakan perjuangan rakyat jelata dan sebagai peneraju kepada perjuangan tersebut dan Upko memberi sokongan dan kerjasama dalam apa juga langkah desentralisasi “apa lagi jika sekiaranya dasar itu berkesan dan berimpak tinggi”.

“Namun demikian pelaksanaan dasar baru seperti itu perlulah ada koordinasi diantara semua pihak yang terlibat terutama sekali kerajaan pusat. Ini adalah kerana, penguatkuasaan dasar tersebut melibatkan agensi-agensi DAN jabatan daripada kerajaan pusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Madius berkata langkah memperkenalkan dasar baru tanpa penyelarasan hanya membuatkan keadaan “berserabut” seperti sudah berlaku apabila PKP dijadualkan berakhir pada 28 Jun lepas.

“Kenapa tidak dibuat perancangan dan buat pengumuman yang lebih awal supaya para peniaga dapat bersedia dan agensi penguatkuasa juga dapat bersedia?

Katanya kerajaan Negeri dalam memperkenalkan dasar baru yang berlainan daripada kerajaan Pusat perlul membuat keputusan tersebut berdasarkan kepada ‘scientific reasons and data’ dan perlu lebih bersedia dalam memaklumkan dan menjustifikasi keputusan tersebut kepada kerajaan pusat supaya tidak berlaku lagi kekeliruan yang hanya akan menyusahkan dan memberikan tekanan kepada rakyat jelata.

“Apakah kerajaan Sabah sekarang tidak lagi dapat bekerjasama dengan kerajaan pusat?

“Rakyat jelata sudah cukup pening sekarang ini. Pelbagai persoalan timbul menambah kekusutan dan ketidaktentuan,” katanya.

Madius berkata: “Walaupun kes harian berkurangan namun ini bukan mengambarkan keadaan sebenar sebab dia berkait dengan jumlah sampel yang diuji setiap hari”.

“Tambahan pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sendiri sudah mengatakan bahawa Covid-19 ini sudah menjadi endemic dalam komuniti kita.

“Sebab itulah untuk memerangi Covid-19 ini Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah-langkah untuk melibatkan secara langsung dalam program vaksinasi termasuk dalam perolehan vaksin yang kini menjadi punca utama kenapa kadar vaksinasi Sabah adakah yang paling rendah di negara ini,” katanya.

Oleh itu, Madius berkata UPKO mengesa pihak yang berwajib supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibuka untuk membolehkan Wakil-Wakil rakyat membahaskan isu-isu dasar semasa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles